Ibn Khaldun berkata,“Al-Quran adalah ilmu pertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana mempelajari al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dan cara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain.”
Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang mempelajari al-Quran ini dan kelebihan ini juga dapat kita terapkan dalam diri anak-anak, antaranya:
1# Akhlak Yang Baik
❤️ Dengan membaca al-Quran, inshaAllah akhlak anak-anak kita akan menjadi lebih baik, ini kerana membaca al-Quran akan menyucikan hati.
2# Hati Tenang
❤️ Apabila hati suci, pastinya hati juga akan menjadi lebih tenang dan dapat melembutkan hati anak-anak. Maka anak-anak juga akan terhindar dari sifat mazmumah seperti cepat marah.
3# Jauh Dari Maksiat
❤️ Antara kelebihan membaca al-Quran adalah hati akan merasa was-was untuk melakukan maksiat.
4# Menguatkan Ingatan
❤️ Mempelajari al-Quran dapat merangsangkan otak kanan dan otak kiri sekali gus dapat menguatkan ingatan anak-anak.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menerapkan al-Quran ke dalam hidup anak-anak. 😊
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
@2022 ANJE. Video pembelajaran ini adalah hak milik terpelihara. Anda dilarang mengubah segala isi kandungan modul ini. Tindakan undang-undang akan di ambil sekiranya berlaku penyelewangan.