fbpx

Nikmat Allah Yang Tidak Terhitung

Avatar Admin Anje | April 5, 2022 374 Views 1 Like 0 Ratings

374 Views 0 Ratings Rate it

Kita tidak akan mampu hendak menghitung rahmat dan nikmat yang Allah sediakan untuk sekalian makhlukNya di alam semesta.

Itulah tanda kasih-sayang Allah pada namaNya ar-Rahman, Yang Maha Pemurah. Tuhan ar-Rahman tidak memandang apa kedudukan seseorang di dunia sama ada mereka taat atau ingkar kepadaNya.

Nikmat itu ialah sesuatu yang memberi kesedapan pada manusia dan 5 bahagian nikmat yang kita perolehi termasuklah:

1✨ Nikmat Asasiah: Nikmat yang menyempurnakan diri kita sebagai manusia seperti nikmat udara, air hujan, makanan dan sebagainya.

2✨Nikmat Qalbiyah: Nikmat yang menyenangkan hati kita, seperti pasangan dan anak-anak penyejuk mata, kereta dan rumah kediaman yang selesa.

3✨ Nikmat Badaniyah: Nikmat kesihatan. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang di kehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [Ar-Rum 30:54]

4✨ Nikmat Aqliyah: Nikmat akal yang mengizinkan manusia untuk faham pelbagai ilmu dan Allah Ar-Rahman mengharamkan hamba manusia yang membiarkan diri di dalam kejahilan.

5✨ Nikmat Imaniyah: Iman adalah nikmat yang terhingga kerana imanlah yang memberi kebahagiaan kepada manusia. Jiwa menjadi tenang, tidak runsing dan tidak gentar akan segala apa yang ditakdirkan ke atas kita dengan adanya nikmat
iman yang sebenar.

Didiklah anak kita untuk:
📌 Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat nikmat yang Allah Ar-Rahman sediakan
📌 Bersabar dalam setiap usaha kita
📌 Perbanyakkan bersyukur dan Allah Ar-Rahman pasti akan menambah nikmat yang ada.

Sematkan di dalam jiwa anak-anak yang setinggi-tinggi nikmat adalah iman dan Islam.


  • @2022 ANJE. Video pembelajaran ini adalah hak milik terpelihara. Anda dilarang mengubah segala isi kandungan modul ini. Tindakan undang-undang akan di ambil sekiranya berlaku penyelewangan.