fbpx

KAEDAH MENGAMBIL MANFAAT AL-QURAN : Beradab Dengan Al-Quran

Avatar Admin Anje | March 17, 2022 36 Views 0 Likes 0 Ratings

36 Views 0 Ratings Rate it

Akhlak. Banyak sekali adab yang telah kita lupakan. Antara yang besar-besar ialah seperti berwuduk, mengadab kiblat dan lain-lain. Itu secara zahir. Di sini kita tumpukan kepada adab yang tidak zahir.

📖 Pertama, kita harus mulai bacaan dengan niat yang baik-baik.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 124 dan 125 :

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).

Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.

Mahu bermain-main dengan ayat Allah? Itu tanda kekafiran.

Ada orang, membaca Al-Quran untuk mencari kesalahan Al-Quran. Ada juga manusia yang membaca untuk mengambil hujah bagi menghentam manusia. Ada juga yang membaca dengan niat saja-saja. Maka, perumpamaan mereka adalah seperti orang munafik, yang tidak mendapat apa-apa manfaat pun dari al-Quran.

📖 Perkara kedua yang kerap dilupakan ialah kebersihan. Bukan sekadar jasad, bahkan kebersihan hati itu lebih utama.

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman” (Hadis Arbain)

“Allah mencintai orang-orang yang bersih” (At-Taubah ayat 108)

“Dan bersihkanlah pakaianmu” (Al-Muddathir ayat 4)

Kebersihan hati? Betulkan niat. Membaca kerana Allah sayang, bukan kerana mahukan habuan, pujian atau kemuliaan di sisi manusia.

📖 Perkara yang ketiga ialah serius dan tidak bermain-main.

Amaran keras Allah nyatakan dalam surah al-Anbiya’ ayat 2 ; “..mereka mendengarkannya sambil bermain-main..”.

Sebaliknya, kita dituntut untuk memberi perhatian terhadap apa yang kita baca. Contohilah Saidina Umar, teresak-esak dia menangis. Persis seorang kanak-kanak sedangkan dia seorang yang pejuang! Menangis dia membaca surah Yusuf, tanda hatinya khusyuk dan faham

Jangan lupa ajarkan juga kepada anak-anak kita ilmu yang sangat berharga ini!


  • @2022 ANJE. Video pembelajaran ini adalah hak milik terpelihara. Anda dilarang mengubah segala isi kandungan modul ini. Tindakan undang-undang akan di ambil sekiranya berlaku penyelewangan.