fbpx

Guru Terkejut Melihat Kertas Jawapan Peperiksaan Murid? Di Mana Silapnya

Avatar Admin Anje | March 16, 2022 35 Views 0 Likes 0 Ratings

35 Views 0 Ratings Rate it

adab-anak-murid-remaja

Apa perasaan  kita apabila membaca luahan guru ini?

Apa pandangan kita terhadap masalah anak 15 tahun ini?

Mana silapnya? Kurang pantauan ibu ayah ke? Salah didikan guru ke? Atau hanya rentetan jiwa remaja yang memberontak?

Kenapa si anak remaja 15 tahun ini terlalu berani menulis sedemikian?

Mana pergi adab dengan guru? Mana hilang segan pada orang yang lebih tua darinya?

Mungkin dia lupa yang Allah As-Basiir, Maha Melihat. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Hadiid 57:4:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”

 Kalaulah anak-anak muda hari ini hidup dengan mengenal siapa Allah dan ayat Al-Quran ini, mungkin masalah kurang beradab sebegini dapat dielakkan.

Tugas mendidik mengenal Allah ini bermula sejak pertama kali si anak hadir ke dalam dunia ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Kalimah berkuasa itulah  yang kita laungkan di telinga si manja sejurus dia dilahirkan. Sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita untuk kenalkan si anak kepada Maha Pencipta yang menciptanya?


  • @2022 ANJE. Video pembelajaran ini adalah hak milik terpelihara. Anda dilarang mengubah segala isi kandungan modul ini. Tindakan undang-undang akan di ambil sekiranya berlaku penyelewangan.