fbpx

Didik Anak Bergantung Kepada Allah Bukan Superhero

Avatar Admin Anje | April 1, 2022 37 Views 0 Likes 0 Ratings

37 Views 0 Ratings Rate it

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ingat tak sewaktu kita kecil dahulu, sering kita ungkapkan kata-kata, “Ye ke? Sumpah alif.lam.lam.ha?” untuk memastikan yang kawan kita tidak berbohong?

Tingginya kepercayaan dan pergantungan anak-anak kecil sewaktu itu. Masih adakah budaya itu, wahai ibu bapa?

Marilah kita mendidiklah anak-anak untuk bergantung kepada Allah sepenuhnya. Resapkan di dalam jiwa mereka hebatnya kuasa Allah, mengalahi superhero yang mereka kagumi. Tanamkan rasa cinta Allah supaya mereka menjadikan Allah teman terbaik.

Mulakan dengan mengenalkan anak kepada nama-nama Allah.

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ 

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
[Surah Taha 20:8]
 

Bertadabbur dengan anak akan kebesaran Allah dari ayat kursi. Jika Al-Baqarah itu puncak bagi Al-Quran, ayat kursi [Al-Baqarah 2:255] itulah puncak kepada Al-Baqarah.

✅ Allah bukan semata-mata hidup, tetapi segar-bugar dan tidak luput selama-lamanya.

✅ Allah sangat boleh dipercayai dalam menguruskan segala hal kerana Dia tak pernah mengantuk apatah lagi tidur.

✅ Allah sangat kaya dan luas, Tuhan yang memiliki segala yang di langit dan bumi.

✅ Allah yang memberi syafaat dan hanya dengan izin Dia sahaja yang akan menyelamatkan kita dari segala mara bahaya. Dan Allah juga tidak keberatan menurunkan mudharat kepada hambaNya yang kufur ingkar.

✅ Ilmu Allah meliputi segala-galanya walaupun kering jika lautan menjadi tinta menulis kalamNya.

Allah itu lah yang berkuasa atas segala-galanya.


  • @2022 ANJE. Video pembelajaran ini adalah hak milik terpelihara. Anda dilarang mengubah segala isi kandungan modul ini. Tindakan undang-undang akan di ambil sekiranya berlaku penyelewangan.